BAGAIMANA CARANYA HENDAK MENGENAL
ALLAH MELALUI ALLAH
Nabi Muhammad S.A.W. pernah
bersabda:
عَرَفْتُ رَبِّيْ بِرَبِّيْ
Aku mengenali Tuhanku dengan Tuhanku
Bagaimana
kita nak memahami sabdaan Nabi ini? Kerana Nabi Muhammad S.A.W. apabila baginda
bersabda, kalamnya bersifat himpunan kalam.
عَنْ
خَالِدِ بْنِ عَرْفَطَةَ ، قَالَ : كُنْتُ جَالِسًا عِنْدَ عُمَرَ ... فَذَكَرَ
حِكَايَةً طَوِيلَةً إِلَى أَنْ قَالَ : فَقَالَتِ الأَنْصَارُ : أَغْضَب
نَبِيَّكُمْ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم !! السِّلاَحَ السِّلاَحَ ، فَجَاؤُوا
حَتَّى حَدقُوا بِمِنْبَرِ رَسُولِ الله صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم ، فَقَالَ :
يَأَيُّهَا النَّاسُ ، إِنِّي قَدْ أُوتِيتُ جَوَامِعَ الْكَلِمِ وَخَوَاتِيمَهُ ،
وَاخْتَصَرَ لِي الْكَلاَمَ اخْتِصَارًا .
Dari
Khalid bin ‘Arqathoh dia berkata: aku pernah duduk di sisi Umar, maka dia
menyebut satu hikayat yang panjang sehingga dia berkata: Maka berkata kau Ansor
: Nabi kita marah !! senjata senjata, maka mereka datang sehingga mereka
mengelilingi mimbar Rasulullah S.A.W. maka bersabda Nabi: Wahai sekelian manusia!
Aku sesungguhnya diberikan himpunan perkataan dan penutupnya dan di pendekkan
bagiku kalam sebagai yang pendek.
Berdasarkan
hadis ini, fahamlah kita bahawa Nabi S.A.W itu tidak memerlukan perkataan yang
banyak untuk menyatakan idea yang banyak. Hanya beberapa perkataan sahaja sudah
merangkumi semua idea yang beratus ribu idea.
Jadi
apa maksud Nabi dengan sabda baginda “Aku mengenali Tuhanku dengan Tuhanku”.
Ucapan yang pendek tapi mendalam pengertiannya. Hanya mereka yang memiliki mata
basiroh iaitu mata hati yang ada pada diri batinnya sahaja yang dapat merungkai
maksud sabdaan baginda S.A.W. Mereka yang tidak mempunyai mata hati, tak
mungkin memahami kiasan di sebalik sabda Nabi itu.
Nabi
S.A.W. juga pernah bersabda :
مَنْ عَرَفَ
نَفْسَهُ فَقَدْ عَرَفَ رَبَّهٌ وَمَنْ عَرَفَ رَبَّهُ فَسَدَ الـجَسَدُ
Barang siapa
mengenali dirinya maka sesungguhnya dia telah pun mengenali Tuhannya dan barang
siapa telah mengenali Tuhannya binasalah jasad
Apa
erti kalam nubuwah ini? Apa makna
mengenal diri? Sehingga apabila kita mengenal diri kita akan membawa kita
kepada mengenal Allah.Pertama-tama sebelum kita mengenali Allah, kita
dikehendaki untuk mengenal diri kita sendiri. Persoalannya diri kita yang mana
satu?
Tok
Kenali mengajar anak muridnya kiasan tidur dan mimpi. Apabila kita memahami
kiasan tidur dan mimpi, membawa kita mengenali diri kita sendiri. Sewaktu kita
tidur, manakah dia kekuatan kita? Manakah dia nama kita? Sewaktu kita tidur,
kita berada dalam genggaman Allah. Sehingga kita tak mampu mempertahankan harta
kita jika harta kita nak dirompak oleh orang lain. Bahkan badan dan tubuh kita
pun tak mampu kita pertahankan. Kita sebenar-benarnya tiada daya upaya dan
tiada kekuatan serta tiada kehendak sama ada ketika kita tidur ataupun kita
jaga. Inilah pengertian dari sabdaan Nabi dalam hadis berikut:
عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ
: أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم وَهُوَ فِي الْمَسْجِدِ ،
فَجَلَسْتُ إِلَيْهِ ، فَقَالَ : يَا أَبَا ذَرٍّ : فَقُلْتُ : لَبَّيْكَ فَقَالَ
: أَصَلَّيْتَ ؟ قُلْتُ : لاَ قَالَ : قُمْ فَصَلِّ ، فَصَلَّيْتُ ثُمَّ
أَتَيْتُهُ ، فَجَلَسْتُ إِلَيْهِ ، فَقَالَ : يَا أَبَا ذَرٍّ ، اسْتَعِذْ بِالله
مِنَ شَيَاطِينِ الْجِنِّ وَالإِنْسِ ، قُلْتُ : وَهَلْ لِلإِنْسِ شَيَاطِينُ ؟
قَالَ : نَعَمْ يَا أَبَا ذَرٍّ ثُمَّ قَالَ : أَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى كَنْزٍ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ ، قُلْتُ : بَلَى يَا رَسُولَ الله
بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي ، قَالَ : قُلْ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِالله ،
فَإِنَّهَا مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ
Dari
Abi Zhar dia berkata: Aku mendatangi Nabi S.A.W. sedang baginda berada dalam
masjid maka aku duduk dekatnya, maka baginda bersabda: Wahai Abu Zhar! Aku
berkata: Labbaika Maka baginda bersabda: Sudahkan kamu bersolat? Aku berkata: Belum Baginda bersabda: bangun
maka bersolaylah, maka aku pun menunaikan solat kemudia aku mendatanginya, maka
aku duduk di sisinya. Maka baginda bersabda: “ Wahai Aba Zhar mintalah kepada
Allah perlindungan dari syaitan jin dan syaitan manusia! Aku berkata: dan
adakah bagi manusia itu syaitan? Baginda bersabda Ya wahai Aba Zhar. Kemudian baginda
bersabda: Mahukah kamu aku tunjukkan kamu satu perbendaharaan dari perbendaharaan- perbendaharaan syurga? Aku
berkata : Bahkan wahai Rasulallah demi bapaku, kamu dan juga ibuku.Sabda
baginda: Sebutlah LA HAWLA WALA QUWWATA ILLAH BILLAH maka sesungguhnya ia
adalah dari perbendaharaan- perbendaharaan syurga.
Daripada
hadis di atas baginda S.A.W. mengajar Abu Zhar al-Giffari r.a. satu kiasan cara
mengenal diri, iaitu sebenar-benar diri kita tiada daya upaya sama ada ketika
kita jaga mau pun ketia kita tidur. Dalam pelajaran Ilmu Tauhid, pada tajuk 20
sifat yang wajib bagi Allah. Di mana kita di ajar oleh guru-guru kita bahawa
hanya Allah sahaja yang wajib ada. Sementara sifat yang berlawanan dengan sifat
yang wajib bagi Allah adalah merupakan sifat sebenar kita. Allah wajib ada dan
kita pula wajib tiada.
Apabila
kita mengenali diri kita ini kita akan mengetahui bahawa diri kita ini tiada
daya upaya dan tiada kekuatan. Dan kita ini adalah faqeer di sisi Allah sebagaimana Firman Allah dalam
Surah Fathir ayat 15:
* $pkr'¯»t â¨$¨Z9$# ÞOçFRr& âä!#ts)àÿø9$# n<Î) «!$# ( ª!$#ur uqèd ÓÍ_tóø9$# ßÏJysø9$# ÇÊÎÈ
15. (oleh
kerana Allah Menguasai segala-galanya, maka) Wahai umat manusia, kamulah yang faqeer
kepada Allah (yang sentiasa
berhajat kepada Allah dalam segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja
Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
Apabila kita tiada daya upaya dan kekuatan, maka bagaimanakah kita
hendak mengenali Allah? Dengan kekuatan mana kita dapat mengenali Allah? Maka
difahami di sini, kita sama sekali tak akan mampu untuk mengenali Allah.
Bagaimana nak fahami erti kiasan ini?
Kita boleh sebut juga berdasarkan hadis di atas iaitu :
مَنْ عَرَفَ
نَفْسَهُ فَقَدْ عَرَفَ رَبَّهٌ
Barang siapa
mengenali dirinya maka sesungguhnya dia mengenali Tuhannya
Barang siapa
mengenali dirinya maka sesungguhnya dia telah menyembah Tuhannya
Barang siapa
mengenali dirinya maka sesungguhnya dia telah mengingati Tuhannya
Barang siapa
mengenali dirinya maka sesungguhnya dia telah sempurna memuji Tuhannya.
Hakikat
diri kita ini adalah tiada daya upaya dan tiada kekuatan. Jika kita menyebutkan
bahawa kitalah yang menyembah Allah, itu adalah terlalu mustahil, sebab kita
tak wujud sebenar-benarnya dan kita tiada daya upaya dan kekuatan serta
kehendak. Maka sewaktu kita bersolat sebenar-benar yang bersolat dan menyembah
Allah itu adalah Allah sendiri. Allah lah yang menyembah diri-Nya sendiri. Kita
hanya alat sahaja. Seumpama sebatang pena yang digunakan oleh penulis untuk
menulis sajak atau puisi memuji dirinya. Sebagai pena yang digunakan oleh
penulis, tak layak mendabik dada mengatakan bahawa pena lah yang menulis semua
puisi dan sajak itu. Kerana pena itu jika penulis tak angkat dan tak
gerakkannya masakan dia boleh menulis?
Begitulah
dengan diri kita ini tak ada kekuatan dan kehendak sewaktu kita mampu berdiri
dan menggerakkan anggota kita melakukan semua amalan dalam solat, sebenarnya
kekuatan dan kehendak itu adalah milik Allah.
Maka
begitulah dengan nak mengenal Allah. Mana mungkin kita dapat mengenal Allah
dengan kekuatan ingatan kita. Kita mana ada kekuatan ingatan sebab kita tak
wujud dan tiada daya upaya. Maka Allah lah Yang Mengenali dirinya sendiri.
Sebagaimana Allah lah yang menyembah dirinya sendiri dan kita ini adalah alat
atau tool yang Dia gunakan untuk memuja, memuji dan menyembah-Nya.
Sebenarnya
bukannya kita yang mengenali Allah, sebagaimana bukannya kita yang menyembah
dan memuji Allah. Yang mengenal, memuja, memuji dan mengabdikan diri itu adalah
Allah jua.
Maka
oleh kerana itu, kita hendaklah menyerah kembali segala-galanya kepada Allah.
Dalam erti kata jangan kita mengaku bahawa kitalah yang mengenal
mengingat, menyembah Allah.Kita tak layak memakai pakaian Allah. Hanya
Allah sahaja yang layak mengenali Diri-Nya bukannya kita yang mengenali Diri-Nya.
Apabila kita sampai ke garisan
penamat ilmu makrifat ini, dan kita “rasa” bahawa kita tiada daya upaya, maka
meletup dan meledak “La hawla Wala Quwwata illa billah”. Dengan sebab itu maka lahirlah ucapan yang
tidak difahami oleh orang awam, iaitu ucapan : “AKU TIDAK ADA” “AKU MANA
ADA” “BUKAN AKU YANG BAWA KERETA ITU, ALLAHLAH YANG MEMANDU KERETA ITU”
Ucapan-ucapan
seperti ini jika didengar oleh orang yang jiwanya sarat dengan cinta kepada
dunia dan bencikan maut, akan muncullah dari bibir mereka tuduhan melulu
terhadap orang yang mengucapkan ucapan yang karam dalam wajah Allah ini.
Seumpama tuduhan sesat, gila, menyeleweng dan sebagainya.
Kalam
makrifat ini terlalu halus untuk dimengertikan oleh orang awam. Kerana terlalu
halus hingga menyebabkan mata hatinya tidak dapat memandang dan melihat
pengertian sebenar ucapan dari mereka yang sudah karam dalam “zauq” terhadap
Allah. “Zauq” dalam wajah Allah.
من لم يذوق
لا يدري
Siapa yang tak pernah rasa tidak akan mengetahui
Sebab
itu jangan menuduh sewenang-wenang kalam yang terbit dari mulut Al-‘Arifeen
Billah. Kerana kalam mereka terlalu halus untuk difahami. Untuk
memahami kalam yang halus ini, anda haruslah mengupgredkan martabat nafsu anda
sehingga mencapai nafsu yang tertinggi. Sekurang-kurangnya Nafsu Muthmainnah
iaitu nafsu yang keempat. Yang merupakam permulaan jalan bagi ‘arifeen
billah.
Apabila
anda sampai ke martabat tertinggi dalam martabat nafsu, maka hati anda akan
sihat dan saleem. Maka Allah akan memancarkan nur dari sisi-Nya yang
dapat menerangi mata hati anda sehingga anda dapat memahami perkara yang
halus-halus.
Di
zaman akhir ini, ramai yang tidak dapat memahami hakikat diri mereka. Sehingga
mereka menyangka bahawa ketika mereka menunaikan solat, berpuasa, mengerjakan
haji dan umrah dan apa jua ibadah dan kerja yang mereka lakukan, mereka
menyangka bahawa merekalah yang melakukan semua perbuatan itu. Jika mereka yang
melakukan perbuatan itu semua kita nak tanya dari mana mereka dapat kekuatan
untuk melakukan semua perbuatan itu? Adakah mereka cipta sendiri kekuatan itu.
Jika Allah takdirkan mereka mendapat penyakit lumpuh, kenapa mereka tak mampu
gerakkan tangan mereka sendiri jika mereka kata bahawa merekalah yang mencipta
kudrat dan iradat mereka dan bukannya Allah yang cipta semua af’al dan
perbuatan mereka.
Inilah
umat akhir zaman yang kehilangan nilai diri sebenar dan tak mengenali diri
mereka sendiri. Sehingga sanggup meletakkan Allah di belakang mereka. Inilah
gejala keruntuhan harga diri di kalangan umat Islam akibat dari ilmu makrifat
yang dikesampingkan. Kita nak tanya adakah ilmu makrifat diajar di sekolah
rendah atau di sekolah menengah. Ilmu makrifat tidak diajar sama ada di
peringkat rendah, menengah, pengajian tinggi dan juga universiti. Al-Azhar pun
tak ajar ilmu ini. Kenapa ilmu ini tak diajar? Ini adalah kehendak Allah juga
ianya tersembunyi. \
Namun
dekat-dekat nak kiamat ini, dan Imam Al-Mahdi akan muncul tak berapa lama lagi,
ilmu makrifat ini muncul semula hasil didikan yang berterusan dari ulama
tersohor dan ternama iaitu Tok Kenali rahimahullah. Tersebar secara mulut ke
mulut, dia mengajar anak murid dan mendidik anak-anak muridnya sehingga ada
yang mencapai taraf wali seumpama Sheikh Muhammad Said Linggi, dan dikembangkan
lagi ilmu ini tanpa rasa gentar biarpun dituduh sesat oleh Tuan Guru Hj Shaari
bin Tuan Guru Hj Mohd Yusuf Che Wook.
Sepatutnya
kita rasa gembira dan berbesar hati asas pengorbanan orang makrifat seperti
Tuan Guru Hj Shaari, Marilah kita bersama-sama mendalami ilmu ini sementara
masih ada lagi dan masih hidup lagi Tuan Guru Hj Shaari. Kerana dengan
pengajian ilmu makrifat inilah akan dapat melahirkan ratusan wali-wali Allah
yang akan dijadikan sebagai tentera yang akan bersama dengan Imam Al-Mahdi di
dalam peperangan dunia ketiga yang pasti akan tercetus nanti.
Dengan
terbukanya mata hati tuan-tuan setelah mengenali Allah, diharap akan dapat
mengetahui fitnah dajjal yang sebenarnya kita hidup di dalam fitnah Dajjal ini
tanpa kita sedari.
Semoga
pencerahan yang sedikit ini dapat membantu anda ke arah mengenal Allah melalui
Allah.
Penghujung Ilmu Makrifat Itu, Adalah …
Mereka
yang berjaya sampai kepada tahap makrifat itu, adalah mereka-mereka yang telah
mencapai makam atau tingkatan ilmu kerohanian yang tertinggi. Tahap atau maqam
ilmu makrifat yang tertinggi itu, adalah tahap pencapaian atau tahap
persinggahan ilmu pada garisan penamat yang penghabisan dan terakhir. Inilah
yang dikatakan pencarian di penghujung tujuan.
Ucapan,
perasaan atau pengakuan qalbu dihujung pencarian itu, adalah qalbu yang meluap,
pecah dan meletup dengan ucapan
“لاحول
ولا قوة إلا بالله العلي العظيم”
(tiada daya
upaya kita, melainkan segalanya dari Allah).
Perkataan
yang lahir dari pandangan qalbu itu, tidak lagi boleh menurut pengertian akal.
Bilamana pengertian qalbu, tidak lagi dapat dibaca oleh akal itu, maka lahirlah
perkataan “aku tidak ada”. Bahasa pengakuan hati atau bahasa
pengakuan qalbu yang makrifat kepada Allah Taala itu, tidak lagi boleh
berdalil, bersandar, berpaut atau bergantung lagi pada akal!. Segala ikhtiar
atau usaha akal kita itu, sesungguhnya sudah berakhir, binasa dan karam kerana
tenggelam dalam lautan makrifat Allah. Inilah yang dikatakan penamat, penutup
dan ibu segala ilmu!.
Sekiranya
tuan-tuan lalu ditepi sungai, saya minta tuan-tuan kutip seketul batu dan
campakkan ia ke dalam sungai yang dalam. Saya mahu bertanya, apakah lagi yang
tuan-tuan nampak dan apakah lagi yang terlihat, cuba jawab?……………………..Begitulah
dalil dan contohnya jika diri kita, kita tengelamkan atau campakkan kedalam
dasar lautan makriffat!.
Makrifat
(mengenal Tuhan) itu, adalah tauhid. Tauhid itu, adalah hijrah akal menuju
qalbu dalam mengesakan Allah!. Hijrah akal menuju qalbu, itulah intipati ilmu
makrifatullah. Hijrah akal menuju qalbu itu, adalah hijrah jahil kepada
alim. Hijrah akal kepada perbicaraan qalbu para-para arifin billah itu, membawa
kita kepada ilmu mengesakan Allah (penutup segala ilmu). Hijrah akal
kepada makam qalbu inilah yang menyebabkan arifin billah seperti Dzunnum
Al-Misri, Al-Junaid Al-Baghdadi dan Al-Halaj dihukum bunuh. Tidak kurang pula
di tuduh ilmu salah, kafir, sesat, pelik dan zindik.
Maaf
Kiranya Saya Keterlaluan
Kebanyakkan
dari ulamak kita, tidak ramai yang didedahkan dengan pengajian ilmu makrifat
(ilmu rohani). Ketidak pakaran dalam ilmu makrifat itu, bagaimana mungkin
mereka boleh menghukum ulamak-ulamak yang mengajar ilmu makrifat itu, sesat
atau salah?. Jika sekiranya pihak ulamak feqah mendakwa yang mereka juga
memiliki kepakaran dalam bidang ilmu makrifat, cuba jelas dan terangkan kepada
kami, di manakah sekolah, di manakah pondok atau di manakah pusat-pusat
pengajian tinggi yang mengajar ilmu makrifat. Mari kita tanya ulamak feqah, di
mana mereka belajar ilmu makrifat, supaya kita juga boleh dengan beramai-ramai
turut serta menuntut di tempat yang didakwa itu!.
Cuba
tuan jawab pertanyaan saya secara jujur dan secara ikhlas, selama tuan-tuan
hidup dan tinggal dibumi Malaysia ini, pernahkah kita jumpa pusat-pusat
pengajian ilmu makrifat?. Samaada berupa pengajian pondok, pak guru, pak Ustaz
atau pusat-pusat pengajian tinggi yang mengajar atau yang menyediakan bidang
pengajian makrifat?. Sedangkan tidakkah kita tahu yang bidang ilmu makrifat
itu, adalah bidang ilmu yang wajib, bidang ilmu fardhu ain (suatu bidang ilmu
yang wajib) bagi setiap umat yang bergelar Islam!. Tidakkah tuan-tuan tahu,
apakah itu ertinya wajib?.
Ulamak
feqah selalu menuduh ilmu makrifat itu sesat, salah dan sebagainya. Disini saya
ingin bertanya, yang dikatakan ilmu makrifat itu sesat atau salah itu, apakah
ulamak feqah pernah menuntut ilmu makrifat?. Sekiranya jawapan memihak kepada
belum, bagaimana tuan-tuan feqah boleh menuduh sesat?.
Fakta
atau kenyataan sesat yang tuan-tuan feqah bawa itu, dari mana asasnya dan
dimana ulamak-ulamak feqah, belajar atau berguru ilmu makrifat, sehingga dapat
menuduh sesat?. Saya sebagai pengarang ilmu makrifat yang sudah
berkecimpung dalam bidang ini selama 38 tahun, saya tidak pernah jumpa ada pusat
pengajian ilmu makrifat, guru atau sekolah ilmu makrifat, baik di dalam negeri
mahupun di luar negara!. Dengan berbekalkan ilmu syarie, ilmu fiqah atau dengan
berbekalkan dengan ilmu akal, apakah layak tuan-tuan feqah menuduh, menangkap
dan menghukum golongan makrifat, sebagaimana yang berlaku kepada
pentadbiran-pentadbiran terdahulu?.
Namun
pesan dan nasihat saya kepada para arifin billah sekalian yang ada, terutama
kepada yang memperjuangkan ilmu makrifat, hadapilah kenyataan pemerintah dan
golongan feqah hari ini dengan tabah dan jangan sekali-kali berputus asa. Kayu
ukur atau tanda aras pentadbiran ulamak atau pemerintah yang ada pada dunia
hari ini, untuk menghukum adalah melalui bacaan ilmu akal (hukum feqah). Mereka
tidak sekali-kali memandang pada bacaan ilmu rohani (Ilmu makrifat). Mereka
tidak faham apa itu bahasa makrifat! Seperti:
Ø diri
yang fana’,
Ø diri
yang lebur,
Ø diri
yang baqa’ atau
Ø diri
yang karam dengan Allah
Bilamana
tidak faham dan tidak arif dalam bidang ilmu fana’ atau ilmu baqa’, mana
mungkin golongan yang berilmu feqah itu dapat menyelami ilmu makrifat!.
Bilamana tidak faham ilmu makrifat, itulah sebabnya tuduhan demi tuduhan mereka
lontarkan kepada pengamal ilmu makrifat!. Mereka itu, hanya berpandukan kayu
pengukur ilmu feqah, untuk menghukum dan menuduh kesesatan ilmu makrifat. Yang
menjadi mangsa ulamak feqah itu, adalah orang-orang yang berilmu makrifat.
Itulah makanya golongan makrifat itu, selalu dituduh sesat dan selalu
dipandang salah dimata golongan ahli feqah.
System pendidikan pada hari ini,
banyak mengeluarkan ulamak dengan berbekalkan kelulusan ilmu feqah. Kemanakah
hilangnya system pendidikan untuk mengeluarkan ulamak makrifat?.Dengan menuduh,
menangkap, menghukum dan melebel mereka-mereka yang mengajar ilmu makrifat
dengan ajaran sesat, salah dan menuduh ilmu makrifat itu, sebagai ilmu yang
boleh memesongkan akidah orang ramai, apakah ada ulamak feqah bercadang untuk
mengajar ilmu makrifat yang tidak salah?. Menuduh salah itu memang
teramat senang, tetapi manakah ilmu makrifat yang tidak salah?. Bilamana ilmu
makrifat itu didapati salah tetapi manakah makrifat yang benar?. Kebanyakkan
mereka hanya tahu menghukum ilmu makrifat itu salah, tetapi tidak ada ulamak
feqah yang berani untuk mengajar dan menunjuk jalan ilmu makrifat yang benar?.
Bilamana salah, mana yang benarnya?. Siapa, dimana dan kemana perginya ilmu
makrifat yang benar?. Kenapa tidak diajar atau diadakan kelas pengajian yang
khusus tentang ilmu makrifat?. Kemana hilangnya ilmu makrifat?. Cuba jawap
pertayaan itu……………………………………
Dengan
berbekalkan ilmu feqah yang telah mereka pelajari itu, saya nasihatkan kepada
ulamak-ulamak feqah, jangan sewenang-wenangnya mudah menuduh ulamak ilmu
makrifat itu salah!. Sebenarnya yang salah itu, adalah diri tuan-tuan sendiri,
yang tidak pernah mendekati dan tidak pernah menghampiri ilmu makrifat!.
Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan sekali menceburkan diri ke dalam bidang ilmu
makrifat, saya pasti dengan sesungguh pasti, tuan-tuan tidak akan menuduh ilmu
makrifatlah itu salah! tempat perhentian atau tempat persingahan terakhir
pencarian mereka!.
Sesungguhnya
bidang ilmu makrifat itu, adalah cabang ilmu rohani (ilmu mantik) yang tidak
memungkinkan difahami oleh kebanyakkan ulamak feqah. Jika kita tidak faham ilmu
makrifat, sekurang-kurangnya jangan mudah menuduh sesat kepada golongan
makrifat!. Ulamak keluaran dari pusat pengajian tinggi itu, hanya belajar dalam
bidang ilmu feqah sedangkan mereka tidak pernah dididik atau didedah dengan
ilmu makrifat!. Mana mungkin akan memahami ilmu makrifat!. Namun
siapa yang akan peduli dan siapakah yang akan faham luahan hati
orang-orang makrifat!, Saranan demi saranan diutarakan kepada pucuk pimpinan
agama, namun keluhan serta laungan kita itu, sekadar menjadi menjadi hiasan
mata dan hawa telinga mereka semata-mata. Pun begitu, kita tidak boleh
sekali-kali memandang rendah atau menyalahkan penjawat awam atau menyalahkan
para ulamak feqah dalam hal ini. Mereka-mereka itu, terdidik dan terasuh dengan
ilmu feqah tanpa didedahkan dengan ilmu makrifat. Selayaknyalah mereka
begitu!.
Kita harus sadar bahawa tanpa sekatan
atau tanpa pemantauan, sudah tentu gejala ilmu makrifat yang benar-benar sesat
akan memenuhi ruang negara kita, jika ianya tidak dikawal oleh golongan ulamak
feqah, sudah tentu ilmu makrifat yang benar-bnar salah akan berleluasa!. Dengan
adanya ulamak feqah dan pihak jabatan agama serta pemerintah syariat,
sekurang-kurangnya dapat mengawal pertumbuhan ilmu yang benar-benar salah dan
sesat!. Para ulamak feqah sudah sedaya upaya mempertahankan kesucian agama
Islam yang suci ini, supaya ianya terkawal, terpelihara dan terbela dengan baik
mengikut pandangan serta perundangan negara. Untuk itu, jangan kita menyalahkan
seratus peratus kepada golongan feqah, namun dalam masa yang sama, pihak feqah
pula jangan selalu menuduh atau berpandangan serong terhadap golongan ulamak
yang berilmu makrifat!. Kerana ilmu makrifat itu, adalah persingahan terakhir
segala ilmu! (ibu segala ilmu).
Ilmu Makrifat Itu, Adalah Ilmu Yang Melewati Khayalan Akal!
Konsep
ilmu ketuhanan orang arifin billah yang berilmu makrifat itu, adalah konsep
ilmu yang melewati khayalan akal atau mengatasi kenyataan akal. Konsep ilmu
ketuhanan para-para arifin billah yang berilmu makrifat itu, adalah
berlandaskan hanya dengan satu jalan, satu konsep, satu kaedah dan satu cara,
iaitu jalan fana’, jalan baqa’ dan jalan berserah diri kepada Allah Taala.
Berkonsepkan “hanya Allah yang wujud, hanya Allah yang ujud dan hanya
Allah yang maujud”.
Kenyataan atau pendapat ahad itu,
bukan berlandas atau bukan berkonsepkan kepada konsep hulul atau konsep
wahdatul wujud!. Konsep ilmu makrifat itu, adalah konsep mengEsakan Allah
Taala. Konsep mengEsakan Allah Taala itu, adalah konsep yang tidak berdalil
kepada sebarang konsep dan konsep yang tidak pergantungan kepada dalil akal!.
Allah itu, adalah Allah. Allah yang tidak ada seumpama, tidak seumpama
sebagaimana yang difikir oleh akal, oleh angan-angan atau khayalan.
Makrifat
itu, adalah konsep yang sudah tengelam dalam lautan makrifat kepada
Allah!. Iaitu konsep yang menenggelamkan diri dalam lautan ahadiah
(ahad atau Esa). Iaitu suatu konsep yang semestinya tidak difahami oleh akal!.
Konsep yang melewati khayalan atau melewati kenyataan akal!. Untuk memahaminya
hendaklah tuan-tuan ceburkan diri tuan-tuan kedalam kolam air makrifatullah!.
Ilmu Makrifat Bukan Konsep Yang DiBuat-Buat!
(Tetapi Dari Ilmu Rasulullah Dan diperturunkan hingga sampai
kepada Imam Al-Ghazali Sendiri)
Pendapat,
pegangan, pengakuan serta fahaman ilmu makrifat itu, sesungguhnya bukan
dibuat-buat atau diada-adakan tetapi ianya, adalah datangnya dari Baginda
Rasulullah dan disambung oleh para sahabat dan Imam Al-Ghazali sendiri. Namun
tidak ramai yang mendalami, menyelami dan memahaminya!. Konsep ini,
adalah satu-satunya konsep yang boleh menunjang tauhid kedalam qalbu para
arifin billah, sebagaimana iman Ghazali sendiri. Inilah makam tauhid, makam
ilmu rasa dan makam ilmu para arifin billah terdahulu!. Yang menjadi pegangan,
pengakuan dan yang menyebabkan menunjangnya keyakinan tauhid kepada Allah
Taala. Ilmu makrifat itu, merupakan inti tertinggi para ulamak arifin billah
terdahulu. Yang mana sesungguhnya tidak sedikitpun menjadi percangahan
atau berlawanan dengan konsep Ahli Sunnah Waljamaah!.
Soalan:
Kenapa ilmu ini hilang dan siapa yang hilangkannya?
Ilmu
makrifat dan ilmu hakikat ini hilang dan
dihilangkan oleh tangan-tangan yang tersembunyi iaitu penjajah barat (atas
keizinan Allah jua) apabila mereka menjajah tanah melayu dan membawa
undang-undang ciptaan mereka. Sehingga sekarang kita melaksanakan undang-undang
ciptaan barat. Penjajah barat telah bertahun-tahun mengkaji dan menyelidik
kekuatan sebenar umat Islam sehingga mereka kalah teruk dalam peperangan salib
dahulu. Hasil kajian mereka, mereka dapati ilmu makrifat dan ilmu hakikat
inilah punca kekuatan umat Islam terdahulu. Iaitu berpunca dari Allah sendiri.
Jadi mereka merancang rapi supaya ilmu ini tidak disebarkan dan diajarkan.
Segala buku dan kitab karangan ulamak tentang kedua-dua ilmu ini mereka
larikan. Ulamak yang mahir dengan ilmu ini mereka tangkap dan penjarakan.
Akhirnya ilmu ini terpisah dari arus pendidikan sehingga umat Islam tidak sedar
bahawa mereka sebenarnya ditipu secara halus. Rata-rata umat Islam sudah merasa
cukup dan memada dengan amalan syari’at sahaja. Jikalau Islam ini hanya
terletak pada syari’at sahaja kenapa hingga hari ini semakin hari semakin teruk
prestasi umat Islam. Kalau dahulu tidak ada kes pembuangan bayi tetapi hari ini
kes buang bayi amat parah. Sehingga ada ilmuan Islam yang sampai PhD memberi
fatwa bahawa kerja pelacur dimaafkan jika terpaksa sebab kesempitan hidup. Ada
juga ustaz-ustaz yang memperlekehkan undang-undang hudud, dia kata isu hudud
ini akan muncul ketika pilihan raya, sama dengan lagu hari raya akan
berkumandang ketika hari raya, maka begitu juga isu hudud berkumandang ketika
pilihan raya. Inilah contoh-contoh ilmuan Islam yang tertipu dengan ilmu yang
dimilikinya (ilmu feqah) dan sudah pastinya dia tidak memiliki ilmu hakikat dan
ilmu makrifat. Jika dia dakwa tahu juga ilmu makrifat, kita nak tanya dia, dari
mana dia belajar, pondok mana? Sekolah mana? Dan universiti mana? Kita pun nak
tumpang belajar.
Sedarlah
ilmu ini hanya dapat disampai dari mulut ke mulut sahaja disebabkan kekangan
yang ada. Maka hari ini kita dapat pelajari kedua-dua ilmu ini sebab ada orang
yang sanggup menggadaikan nyawanya untuk sampaikan ilmu ini. Tinggal kepada
kita adalah menerima sahaja dan belajar dengan tekun untuk mendapat semula
hidayah yang asli sebagaimana sahabat dapat dahulu.
Hanya bagi yang tidak arif dengan ilmu
makrifat sahaja yang memandang bahawa ilmu makrifat itu, salah atau sesat!.
Sedangkan hanya melalui ilmu makrifat sahajalah satu-satunya ilmu yang boleh
membawa, mengarah dan menghala hati-hati kita kepada arah mengEsakan Allah
Taala. Inilah konsep dan inilah ilmu yang dibawa oleh Baginda Rasulullah,
semasa mula-mula Baginda berpindah dari Kota Makkah ke Kota Madinah!. Iaitu
konsep ilmu tauhid atau konsep ilmu megEsakan Allah Taala.
Soalan :
Bagaimanakah caranya untuk mengatakan yang Allah itu benar-benar
Esa?.
Untuk menyatakan yang Allah itu
benar-benar Esa, ianya bukan dengan sebutan kalimah syahadah, bukan dengan
mengerjakan ibadah sembahyang, puasa, zakat atau bukan dengan ibadah
perkerjaan ibadah haji!. Menyatakan keEsaan Allah itu, adalah hendaknya dan
sepatutnya sebelum melafazkan kalimah
syahadah, sebelum ibadah sembahyang atau sebagainya!. Menyatakan Allah itu,
bukan perkara untuk dinyatakan sesudah sembahyang atau bukan untuk dinyatakan
didalam waktu ketika tengah sembahyang, apa lagi diketika sesudah sembahyang!.
Bagi menyatakan Allah itu, bukannya semasa didalam berpuasa atau selepas
berbuka puasa!. Ataupun bukan didalam ketika menyebut perkataan syahadah!.
Ilmu makrifat itu, adalah ilmu
menyatakan Allah (ilmu menyatakan keEsaan Allah), ilmu mengEsakan Allah dan
ilmu menzahirkan Allah, dengan nyata dan senyata-nyatanya!. Bukan ilmu hanya
bercakap di bibir!. Kita boleh menyebut perkataan syahadah (perkataan
mentauhidkan Allah) sebanyak mungkin yang kita mampu menyebut, tetapi Islam itu
bukan agama bunyi atau agama suara yang keluar dari lidah atau dibibir!. Islam
itu, adalah agama benar, agama nyata dan agama pasti!. Kemuskilannya disini,
apakah tuan-tuan telah nyata Allah, sebagaimana nyata dan lantangnya suara yang
keluar dari kedua bibir mulut tuan-tuan?.
Ilmu makrifat itu, adalah ilmu yang
tidak sekali-kali mengasingkan Tuhan dengan alam!. ilmu
makrifat itu, adalah ilmu mengEsakan Allah, iaitu ilmu yang tidak menduakan
Allah (tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu). Ilmu makrifat itu, adalah ilmu
yang tidak mewujudkan Allah dengan wujud yang lain selain Allah Taala.
Ilmu
makrifat itu, adalah ilmu yang tidak memandang bahawa Allah dan makhluk itu,
dua wujud yang berbeza atau “dua yang bersifat wujud”. Dari kaca mata ilmu
makrifat, barangsiapa yang memandang, barangapan atau beriktikad bahawa adanya
wujud Allah dan adanya wujud alam makhluk, bersama-sama dengan wujud Allah,
maka hukumnya adalah syirik. Allah lain dan makhluk lain itu, maka terputuslah seluruh
kesedaran batinnya terhadap Allah Taala dan terputus juga kesedaran rohaninya
terhadap makhluk. Tetapi jangan pula hendaknya disatukan makhluk dengan Allah!, Ingat
itu………………….
Allah
dengan makhluk itu, bercerai tidak dan bersatu tiada, ini adalah
terjemahan mengikut suluhan bahasa makrifat dan bahasa rohani yang tidak sama
sekali difahami atau dimengerti oleh akal, apa lagi oleh ahl ilmu feqah. Allah
dan makhluk itu, bercerai tidak dan berpisah tiada!.Sebagaimana kata orang
tua-tua kita dahulu, belajar ilmu makrifat itu, susahnya “seumpama mati”,
manakala setelah mengenal makrifat, senangya “seumpama tidur”. Belajar ilmu
makifat itu, senang, mudah dan tak payah. Belajar ilmu makrifat atau ilmu
megenal Allah itu, hanya memakan masa tak habis sebatang rokok.
Apa tidaknya, terang cahaya mata hari
itu, terang lagi Allah, dekatnya mata putih dengan mata hitam itu, dekat
lagi Allah, mana mungkin mengenal Allah itu payah!. Mengenal Allah itu, adalah
ilmu yang paling senang dan paling mudah, berbanding dengan ilmu-ilmu yang
lain. Allah tidak terhijab atau terdinding, tidak tertutup atau terhalang oleh
sesuatu!. Masakan kita tidak mengenal Allah dengan mudah!. Mudahnya sekolah
tadika atau sekolah kafa itu, mudah dan senang lagi ilmu mengenl Allah!. Kenapa
tidak kenal?……………………………………….
Ini bukan bertujuan untuk menerap
nilai-nilai hulul atau unsur-unsur wahdatul wujud!. Ini semata-mata bertujuan
untuk membuka mata pihak-pihak yang mendakwa bahawa para ulamak makrifat itu
salah atau sesat. Tafsir kalimah ahad, ianya adalah suatu perkara yang
berbeza berbanding dengan tafsiran kalimah wahdatul wujud!. Selama ini pihak
berwajib mahupun ulamak fiqah menuduh pengamal ilmu makrifat itu sesat, salah
dan sebagainya dalam mentafsir ulamak makrifat itu telah menyamakan antara
wujud Allah dengan wujudnya makhluk. Terkeliru dengan itu, lalu mendakwa dan
menuduh pengamal ilmu makrifat itu, mengamalkan ajaran wahdatul wujud atau
hulul.
Sebenarnya
ilmu makrifat sejati dan sebenar itu, tidak menyamakan Allah dengan makhluk, tetapi
tidak juga memisahkan dengan makhluk!. (bersatu pun tidak, berpisah pun tidak)
Seumpama “asap bukan api, tetapi tidak lain dari api”. Atau tak lain dan tak
bukan melainkan api juga.Faham itu baik-baik dan jangan keliru.
Punca
ulamak fekah menuduh ilmu ini dan pengamalnya sesat adalah kerana ulamak fekah
biasanya tidak mahu terlibat dengan tareqat tasauf sebab dituduh sesat. Apabila
mereka tak mahu terlibat dengan tareqat maka nafsu mereka tak berjaya
dinaiktarafkan atau bahasa mudahnya “di upgredkan” ke martabat muthmainnah yang
mana nafsu muthmainnahlah yang Allah janjikan syurga. Sila rujuk kitab Sirrus
Salikeen jilid 3 edisi rumi, dieditkan semula oleh Ustaz Fahmi Zamzam halaman 17 baris ke 13 dari atas:
“Dan martabat yang kedua ini (martabat nafsu
lawwamah) iaitu permulaan jalan orang yang menjalani tariqat dan kesudahan marabat ulamak yang
belum menjalani akan tareqat”
Jika
sekiranya ulamak yang tersohor namanya yang masih belum menjalani tariqat sufi
malahan menganggap tak perlu sertai tareqat sufi serta mengira sudah cukup
dengan ilmu syari’at yang mereka pelajari, nafsu mereka berada di tangga nafsu
lawwamah, bagaimana pula dengan mereka yang bukan bertaraf ulamak? Di dalam
kitab Sirrus Salikeen jilid 3 edisi rumi; menyatakan perihal nafsu kedua
iaitu nafsu lawwamah iaitu mereka-mereka yang bernafsu lawwamah itu ada
dalam jiwa mereka sifat mazmumah seperti ujub, riyyak, sombong dan sebagainya.
Ini menyebabkan mata hati mereka buta atau kelabu sehingga tak dapat membezakan
mana yang benar dan mana yang salah. Ini disebabkan nur Allah walau
betapa terang sekali pun cahaya itu, namun tidak dapat menunjuk jalan kepada orang yang
buta mata hati, sebagaimana mereka yang buta mata kasar tidak akan dapat
selamat dijalanan kecuali dipandu oleh orang yang matanya tidak buta.
Punca
yang menyebabkan berlakunya buta mata hati adalah disebabkan nafsu ammarah yang
tidak dibasuh dengan amalan tasauf dengan cara mengambil zikir dari guru
mursyid dan mengikut panduan yang dibimbing oleh guru mursyid. Jika kita sakit
jasmani kita cari doktor pakar dan meminta nasihatnya, di mana doktor pakar
akan mengesyorkan apa yang perlu dimakan dan yang tidak boleh dimakan. Maka
doktor pakar bagi penyakit rohani adalah guru mursyid, dimana guru mursyid
dapat melihat dalaman kita dan menegur serta memberi panduan bagaaimana nak
bersihkan hati. Sayangnya guru mursyid seperti ini amat jarang ditemui. Jika
ada pun hanya segelintir yang tahu dan mengenali mereka. Ustaz lulusan AL-Azhar
sekali pun belum tentu layak diketegorikan sebagai guru mursyid.
Inilah
dia nasib malang umat Islam memiliki ramai graduan dari Al-Azhar dan universiti
tempatan yang bergelar ustaz tetapi tidak mampu menunjuk jalan yang benar. Ada
guru makrifat yang cuba nak bimbing, mereka tuduh sesat pula. Sampai bila mereka
nak tuduh sesat guru makrifat? Kasihan mereka yang nak cari kebenaran Islam.
روي عن
ابن عدى ، والبيهقى فى شعب الإيمان عن على كرم الله وجهه قال: قال رسول الله e :يوشك أن يأتى على الناس زمان لا يبقى من الإسلام إلا اسمه ولا يبقى من
القرآن إلا رسمه مساجدهم عامرة وهى خراب من الهدى علماؤهم شر من تحت أديم السماء
من عندهم تخرج الفتنة وفيهم تعود
Diriwayatkan
dari Ibnu Adi dan Al-baihaqi dalam Sya’bil Ilman ari Ali r.a. dia berkata:
Sabda Rasulullah S.A.W. dibimbangi bahawa akan datang kepada manusia satu zaman
dimana tidak kekal Islam itu kecuali pada namanya sahaja dan tidak kekal dari
Al-Quran itu kecuali tulisan sahaja, masjid-masjid mereka makmur tetapi sunyi
dari hidayah Alla, ulamak mereka adalah sejahat manusia di bawah langit dari
sisi mereka keluarnya fitnah dan pada mereka akan kembali fitnah itu
Inilah
janji Nabi S.A.W. dan inilah dia zamannya yang mana kita memiliki ramai
intelektual Islam yang merupakan lepasan dari universiti-universiti yang hanya
mengajar ilmu syari’at sahaja, tetapi ketandusan ilmu hakikat dan ilmu
makrifat. Kita nak tanya kepada ustaz-ustaz zaman ini, apa yang mereka tahu
tentang ilmu makrifat? Dan jika mereka tahu, kita nak tanya pula dari mana
mereka belajar ilmu makrifat? Jika ada pondok-pondok, sekolah-sekolah dan
universiti yang mengajar ilmu hakikat dan ilmu makrifat, cuba nyatakan mana
satu pusat pengajian itu dan kita ramai-ramai akan masuk belajar ilmu ini. Tak
ada pun yang mengajar ilmu ini.
Sebab
itu ramai para wali yang tak mahu mencampuri manusia disebabkan tak sanggup
hadapi kemelut ini. Dari dahulu ,kini dan selama-lamanya golongan wali ini
mengasingkan diri dari orang. Sebab mereka nak jaga hati mereka. Jika sudah tak
mahu ikut ajaran mereka lebih baik mereka bersunyi diri. Sebagaimana kata Abu
Al-Qasim Al-Junaid r.a.
قال الأستاذ أبو القاسم الجنيد رضي
الله تعالى عنه : من أرادسلم له دينه ويستريح بدنه وقلبه فليعتزل الناس فإن هذا
زمان وحشة فالعاقل من اختار الوحدة.
Sesiapa yang berkehendakkan supaya agamanya
terselamat dan badan serta hatinya rehat hendaklah dia menjauhi orang ramai,
maka sesungguhnya zaman ini adalah zaman
yang teruk maka orang yang berakal adalah mereka yang memilih untuk hidup
berasingan (bersendiri) ( Kitab
Pak Su Hamid)
وقال بعض الأئمة بعده : إن كانت
حلت في زمنه فقد وجبت في زمننا. وقيل لإبن
المبارك رضي الله تعالى عنه : ما دواء القلب ؟ فقال قلة الحلاقاة.
Dan berkata sebahagian imam-imam selepasnya Jika
adalah meruzlah itu halal (harus) pada zamannya maka sesungguhnya ber uzlah itu
menjadi wajib pada zaman kita ini dan ada yang berkata kepada Ibnu Mubarak r.a.
Apakah ubat bagi hati? Dia menjawab kurangkan kebersamaan dengan orang ramai (
Kitab Pak Su Hamid)
Maka jika ada guru makrifat yang
sanggup menggadaikan nyawanya untuk menyampai ilmu ini tolonglah beri laluan
yang seluas mungkin dan jika anda tak mahu belajar ilmu ini, jangan pula sekat
orang lain dengan fitnah anda dengan menyatakan ilmu ini sesat. Ingat nanti
kita bertemu di hadapan RABBUL JALIL
tuan-tuan yang bijak pandai jawablah depan Allah nanti. Penyesalan di
hari itu sudah tak berguna lagi. Sebelum tuan-tuan melalui gerbang “maut”
selamatkanlah diri tuan-tuan dengan mempelajari ilmu makrifat ini yang hanya
tinggal sedikit sahaja lagi yang ditinggalkan oleh Wali Allah Tok Kenali
Al-Kelantani.
Semoga sedikit sebanyak coretan ini dapat mencerahkan
kekaburan jiwa anda selama ini. Kami guru makrifat Tok Kenali tak nafikan
peranan anda semua, tetapi janganlah duduk atas tangga anda itu kerana ada
beratus ribu anak tangga yang anda perlu daki sebelum sampai kepada “rasa” sebagaimana yang kami “rasa” selama ini. Kami
tak nafikan kelemahan kami sebab manusia memangnya lemah dan yang kuat itu
hanyalah Allah sahaja. Kita semua tahu bahawa hanya Allah sahaja Yang
Mengetahui siapakah ahli syurga dan siapakah ahli neraka. Oleh sebab itu kita
tak boleh mendabik dada mengatakan bahawa kita layak masuk syurga Allah. Sebab
itu Saidina Umar Al-Khatab ada menyebut: “Semua orang masuk ke dalam
syurga kecuali seorang lelaki dan aku bimbang orang itu adalah aku”
Lihat seorang sahabat besar yang memang dijanjikan syurga pun masih berasa
tidak layak menjadi ahli syurga. Bukan bererti dia tak beramal. Dia memang kuat
beramal sebagaimana sahabat yang lain. Dia menyebut seperti itu adalah kerana merendah
diri di hadapan Allah. Sama
sebagaimana Iman As-Syafie menyebutkan dalam qasidahnya:
إلـهي لست للفرداوس
أهلا ولا أقوى على النار الجهيم فهب لي توبة واغفر ذنوبي فإنك غافر الذنب العظيم
Tuhanku aku tidak layak kesyurgaMu dan aku tidak mampu
menghadapi neraka jahanam, maka kurniakanlah kepadaku taubat dan ampunilah
dosaku maka sesungguhnya Kamu adalah Maha Pengampun dosa-dosa besar
Rintihan ini adalah mencerminkan betapa merendah
dirinya Imam As-Syafei rahimahullah. Maka kita pun perlu merasai “rasa” ini
iaitu merendahkan diri di hadapan Allah ketika kita menunaikan solat dan ketika
melakukan ibadah yang difardukan dan yang disunatkan untuk sekian lama kita
hidup.